Sabtu, 27 Jun 2009

RESEPI TELUR PINDANG

Resepi telur pindang Mak Mon(ni jiran)

Daun manggis
Daun lengkuas
Daun jambu untuk beri warna hitam pada telur
Daun serai + isi
Daun senduduk
Kicap pekat
Ketumbar 2 kg
Jintan halus 100g
Jintan kasar 100g kisar semuanya
Bawang kecil 3 kg dengan kulitnya
Bawang putih 1kg
Cili kering 200 g
Isi lengkuas
Cuka 1 cawan
Garam secukup rasa


Cara membuatnya:
- apabila semua daun telah dicuci, susun sedikit demi sedikit daun dalam periuk.
-letakkan semua bahan- bahan yang digunakan sedikit demi sedikit sambil diselangi telur
-Buat sehingga habis bahan
-kemudian, telur hendaklah direbus pada api yang kecil dalam jangka masa 2 hari.


Bahan semua mak ambik kat keliling umah je. Inilah resepi telur pindang, x susah pun. Bukan main2 tau resepinya. Macam main masak2 zaman kecik2 dulu. Tapi, ini betul, bukan COBAAAANNNNNNNN....

Sabtu, 16 Mei 2009

BUNGA PEGANG PENGANTIN

SALAM BUAT PERTAMA KALI DALAM BERKONGSI HOBI. TOPIK KALI INI LEBIH KEPADA ISU PENGANTIN KERANA BUAT BULAN INI ANA MERUPAKAN WEDDING PLANNER UNTUK PERKAHWINAN ABANG. ANA INGIN MENUNJUKKAN CARA MEMBUAT BUNGA PEGANG.

BUNGA PEGANG BIASANYA KITA AKAN GUNA UNTUK PENGANTIN DI PELAMIN. DI BAWAH NI NAK KONGSI BERSAMA CARA2 NAK BUATNYA:



PLAYAR BUNGA UNTUK POTONG BUNGA MENJADI SETANGKAI SETANGKAI


PELILIT BUNGA



BEBERAPA KUNTUM BUNGA


SUSUN BUNGA BERSILANG ANTARA SATU SAMA LAIN DAN YANG BERJURAI LILIT DENGAN PELILIT TIGA TANGKAI BUNGA YA. SUSUNAN BUNGA BUATLAH MENGIKUT CITARASA SENDIRI


LAST SEKALI, TAMBAHLAH REBEN UNTUK HIASAN PENAIK SERI.SELAMAT MENCUBA